Rakyat mempunyai hak dalam memilih pemimpin, namun pemimpin yang perlu dipilih perlulah adil serta bertanggungjawab untuk semua pimpinannya.
Islam telah menggariskan panduan memilih pemimpin, amanah dan mempunyai intergriti tugas umpamanya.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, menerima posting di Facebook, pemimpin perlu dipilih berdasarkan agamanya, akidah supaya terjaga urusan agama negara.
“Memilih pemimpin dalam Islam hendaklah berasaskan agamanya dengan melihat pada aqidah, syariah dan akhlaknya.
“Pemimpin bukan sahaja memimpin di dunia tetapi juga membawa ke Akhirat. Pemimpin memimpin rakyat berdasarkan panduan al-Quran, al-Hadis, Ijmak Ulamak dan Qiyas. Pemimpin sebegini akan sentiasa diberi ilham untuk melakukan kebajikan kepada rakyat.
“Pemimpin juga akan meletakkan pertimbangan syurga dan neraka dalam sebarang tindakan. Pemimpin ini lebih amanah dan berintegriti kerana yang memantaunya bukan rakyat tetapi para Malaikat,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasmi miliknya.
Menurut Dr Khairuddin selain daripada sudut pandang agama pemimpin perlu mempunyai ilmu, serta kemahiran pimpinan.
“Ilmu dan pengetahuannya dapat membimbing pemimpin melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Pemimpin yang bodoh tidak mungkin boleh memimpin rakyat apatah lagi rakyat yang juga cerdik.
“Pemimpin yang bijak mampu menjana ekonomi dari segala sumber yang ada dalam negara, contohnya hampas sawit mampu dijadikan makanan kepada ruminan.
“Tidak setakat itu, penilaian keterampilannya dalam masyarakat turut dinilai kerana pemimpin perlu sentiasa turun padang bertemu rakyat dan menyantuni susah payah mereka. Hanya pemimpin berjiwa rakyat boleh menyelami denyut nadi rakyat,” katanya.
Bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang mampu mendapat redha Allah ini kerana pemimpin perlu sentiasa dinamik dengan sifat dermawan.
“Pemimpin akan sentiasa didatangi rakyat meminta bantuan. Hanya pemimpin dermawan dan tidak bakhil boleh bersama rakyat yang susah.
“Hanya pemimpin yang sanggup menghabiskan hartanya untuk orang lain mampu menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat,” katanya.
Jelasnya rakyat Johor perlu membuka mata, bagi memilih pimpinan pemimpin yang mampu turun padang, bijak, adil serta dermawan untuk menyelesaikan kemelut di negeri berkenaan.
Tamat