Masyarakat perlu mengambil ibrah daripada peristiwa pemerimaan kaum Aus dan Khazraj yang telahpun dipersaudarakan oleh Rasulullah SWT sejak penghijran ke Madinah.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, masyarakat perlu melihat peristiwa ini untuk mengambil pengajaran positif berkenaan ukhwah.

Ini kerana berlakunya proses ukhwah ini menjamin hidup bersatu padu serta tolong menolong dalam masyarakat, umpama ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

“Ukhuwwah menjadikan masyarakat Islam sebagai “saudara yang berkasih sayang kerana Allah”. Segala kesusahan ditampung bersama. Segala tugas perjuangan membina Madinah digalas bersama.

“Mereka juga berkongsi harta benda, bantu membantu dari sudut ekonomi. Allah menjelaskan sifat persaudaraan golongan Ansar terhadap Muhajirin” katanya melalui laman Facebook rasmi beliau tadi.

Ia bertepatan dengan konsep masyarakat Melayu dan Malaysia apabila orang ramai mengguna pakai prinsip ini sewaktu negara berada di dalam musim awal pendamik COVID-19.

Dr Khairuddin berkata, sewaktu itu dapat kita lihat semua rakyat bersatu padu membantu mereka yang memerlukan apabila setengahnya tidak dapat bekerja dan hilang punca pendapatan.

“Semangat ini perlu diperkasakan dalam kehidupan bermasyarakat. Banyak permasalahan rakyat dapat diselesaikan menerusi konsep ukhuwwah. Tentu banyak juga penyelesaian politik negara dapat dirungkai menerusi ukhuwwah.

*Pembangunan ekonomi ummah juga boleh dirancakkan menerusi konsep ukhuwwah saling bantu membantu di kalangan ahli perniagaan di samping bantuan ekonomi kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Itulah yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh perniagaan di kalangan sahabat Nabi saw seperti Uthman bin al-Affan, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah dan Sa’ad bin Abi Waqqas” katanya.

Tamat