“Isu pengislaman anak-anak mualaf di Perlis, jangan cetuskan isu perkauman dan agama. Tiada siapa dipaksa, diculik dan sebagainya,” itu kata Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Oleh itu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy juga digesa supaya tidak menggunakan perkataan-perkataan yang sensitif.

Menurutnya selaku Ketua Pemuda PAS berkata, semua pihak digesa supaya tidak mencetuskan isu perkauman dan agama kerana tiada siapa dipaksa dan diculik membabitkan isu pengislaman anak-anak mualaf di Perlis.

Beliau menyokong penuh usaha Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta pihak berkuasa agama Perlis untuk menjaga akidah kanak-kanak terbabit.

Mohd Asri Zainul Abidin dilapor mengesahkan tiga kanak-kanak berumur antara 10 hingga 14 tahun sah memeluk Islam, namun ibu mereka, Loh Siew Hong telah membuat laporan polis bagi meminta memulangkan anaknya yang didakwa ditahan seorang pendakwah wanita dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mualaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Siew Hong mendakwa telah berpisah dengan suaminya, Nagahswaran yang berbangsa India sejak Mac 2019 dan kemudiannya berpisah daripada anak-anaknya.

Ramasamy kemudian dilapor meminta polis menyiasat keberadaan tiga kanak-kanak itu.

Ahmad Fadhli berkata dalam masa yang sama, naluri seorang ibu yang mahukan pertemuan dengan anak-anak juga tidak boleh dinafikan.

“Para peguam Muslim diminta untuk bangkit melihat ruang yang ada dari sudut undang-undang bagi memastikan akidah dan kebajikan anak-anak ini tidak terabai,” jelasnya.

Tamat