Walaupun keputusan untuk mahkamah terhadap tiga anak berkenaan ialah Habeas Corpus, namun umat Islam digesa bagi mempertahan akidah tiga kanak-kanak ini.

Melalui percakapan lisan, tiga kanak-kanak ini tetap mahu Islam sebagai agama mereka, dan pihak ibu yang memohon habeas corpus perlu menimbang tara perkara ini.

Oleh itu Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Mohd Zai Mustaffa berkata, kes melibatkan pertukaran agama secara sukarela merupakan pilihan yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Orang Islam perlu menyokong tindakan Mufti Perlis, Datuk Seri Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan akidah tiga orang kanak-kanak yang memeluk Islam secara sukarela walaupun masih mumaiyiz.

Menurut Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, kes tersebut sangat penting dalam mempertahankan akidah anak-anak tersebut memandangkan terdapat pelbagai pihak dan ahli politik mempertikaikan keislaman anak-anak tersebut.

Malah, katanya terdapat desakan agar anak-anak tersebut dimurtadkan semula semakin kuat walaupun mereka masuk Islam secara sukarela.

Selain itu satu gesaaan tururt disuarakan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah itu dipercayai merujuk kepada isu seorang ibu yang membuat laporan polis untuk mendapatkan kembali tiga anaknya, yang kali terakhir diketahui bersama keluarga bekas suaminya.

Walaupun dalam konteks yang berbeza, Prof Ridhuan Tee mengingatkan semua pihak untuk tidak sesekali membiarkan insiden Natrah berulang kembali.

“Saya amat yakin, jika terlepas kepada ultra kiasu ini, maka selamat tinggallah akidah anak-anak ini. Pastikan akan dihindukan. Paling tidak dikristiankan. Perancangan busuk ini mesti disegera dihidu oleh umat Islam,” katanya dalam kenyataan.

Bukan itu sahaja, beliau berkata, apa yang turut dikesalkan adalah apabila saban hari media ultra kiasu menyebelahi ibu tunggal ini dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan pemimpin ekstremis ultra kiasu.

“Tidak ada yang baik di pihak Jabatan Agama Negeri Perlis dan badan kebajikan yang menjaganya. Semuanya buruk.

“Sekurang-kurang berterima kasihlah kerana telah menyelamatkan anak-anak ini daripada gelandangan dan menjaganya dengan baik.

“Ini tidak, hari-hari, ultra kiasu bercerita, yang buruk semua datang daripada kita, yang baik itu mereka semua,” katanya.

Pada masa sama, Prof Ridhuan Tee turut meluahkan rasa kesal apabila beberapa pemimpin politik Melayu dilihat turut bersekongkol dengan ultra kiasu dalam isu ini hanya kerana ‘laparkan’ secebis undi.

“Mereka turut mahukan anak-anak tersebut dipulangkan kepada ibunya dengan segera.

“Saya harap, umat Islam tolak parti Melayu ultra kiasu ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tamat