“Jangan sampai kes Natrah berulang” itu antara kata daripada Mufti Perlis, Dato Mohd Asri Zainol Abidin melalui sidang live beliau tadi.

Menurutnya selaku umat Islam negara ini, orang ramai wajib mempertahankan akidah tiga kanak-kanak ini walaupun mereka masih tinggal dengan ibu mereka Loh Siew Hong.

Dr MAZA berkata, beliau sudahpun bertanya kepada ketiga-tiga anak Puan Loh, dah mereka memang mahukan Islam sebagai agama mereka.

“Sebelum itu saya sudah tanya dengan jujur tanpa paksa, mereka memang mahukan Islam dan tidak mahu kembali kepada Hindu.

“Ini kerana mereka sudahpun boleh menghafal Quran, Solat serta memakai tudung, dan terdidik dengan cara Islam.

“Anak-anak itu ingin kekal Islamnya, dan kita bersangka baik, dengan ibunya kerana berjanji untuk dikekalkan Islam, jangan sampai ada berita lain pula nanti.

“Namun saya kesal, ada komen-komen biadap daripada golongan DAP dan anti Islam yang begitu biadap terhadap tudung yang dipakai oleh kanak-kanak berkenaan”, katanya.

Dr MAZA berkata lagi, anak-anak Puan Loh tidak mahu kembali kepada agama asal, sepatutnya syahadah mereka perlu dilindungi walaupun bakal duduk dengan ibunya.

Namun baru sehari duduk dengan ibunya, Puan Loh mahu menular pula agama anaknya atas alasan, dan ini merisaukan seluruh umat Islam di Malaysia.

“Anak-anak ini tidak mahu kembali kepada agama asal, dan kita semua tahu apabila mereka baligh berakal maka Islam mereka adalah sah di sisi syariaat agama.

“Soal pendaftaran adalah soal pentadbiran tapi Islamnya sah, dan turut di sisi Allah dan Rasulullah SWT.

“Semua orang tidak boleh mendesak kanak-kanak berkenaan tukar agama, termasuklah DAP yang selama ini memang menunggu peluang ini”.

Tamat