Tiga kanak-kanak yang sudahpun menjadi Islam kini ibunya mahu menukarkan agama anaknya menerusi tindakan semakan kehakiman, menurut peguamnya Shamsher Singh Thind.

Peguam mewakili Puan Loh, Shamsher berkata bahawa tiga kanak-kanak itu – sepasang kembar 14 tahun dan lelaki 10 tahun – ditukar agama kepada Islam tanpa keizinan Loh, walaupun dia memiliki hak penjagaan penuh.

“Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama kanak-kanak itu akan ditentukan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu, bukan atas kehendak anak atau pihak ketiga yang lain,” katanya dalam media tadi.

“Ya, saya dengar Mufti Perlis kata kanak-kanak itu sudah memeluk Islam di negerinya. Tetapi, saya mahu pengesahan bertulis. Sehingga itu, ia kekal sebagai khabar angin,” katanya lagi.

Dia berkata jika pendaftar mualaf mengesahkan jika kanak-kanak itu tiada dalam senarai mereka, semakan kehakiman akan dibatalkan.

Jika tidak, katanya lagi, semakan akan difailkan dan pihaknya akan meminta perintah mahkamah agar sijil penukaran agama kanak-kanak itu, jika memang ada, dibatalkan.

Tamat