Keupayaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 bagi membekalkan air kepada seluruh penduduk Lembah Klang adalah sesuatu yang harus diambil peduli.

Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad PAAB, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya sentiasa memandang ke depan dalam usaha membekalkan air bersih kepada penduduk Lembah Klang.

“Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 berupaya membekalkan keperluan sebanyak 1,130 juta liter air sehari kepada penduduk di Lembah Klang.

“Ia sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor yang akan memberikan manfaat kepada hampir sejuta penduduk sekitar dengan bekalan air terawat,” katanya semasa merasmikan Majlis Penyiapan Projek Pakej 10 & Pakej 12 Kolam Air Sungai Besi, Alam Damai, tadi.

Menurut Dr Khairuddin, projek ini disiapkan oleh iINFRA Sdn Bhd sebagai kontraktor utama bagi menyiapkan Jajaran Selatan Koridor 2 untuk Projek Langat 2 melibatkan Pakej 10 dan Pakej 12.

“Pakej 10 melibatkan pembekalan dan pemasangan paip air terawat utama dari kolam air imbangan Bukit Enggang ke Lebuhraya Sungai Besi manakala Pakej 12 pula membina dan menyiapkan kolam air Sungai Besi berkapasiti 22 juta liter.

“PAAB juga bertanggungjawab membangunkan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 merangkumi 23 pakej membabitkan kawasan termasuk Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, BQ..Qkit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang dan Keramat AU3.

“la projek LRA terbesar di Asia Tenggara yang mula dibina pada Mac 2014 dengan · keseluruhan projek yang sudah pun mencapai kemajuan ,ebih 88 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun hadapan,” katanya.

Menurut beliau Kerajaan Persekutuan bersetuju membina LRA Langat 2 dengan kos RM3.7 bilion bagi menampung keperluan dan permintaan tinggi bekalan air di Lembah Klang. Sehingga kini lebih 88 peratus projek Langat 2 sudah disiapkan membabitkan lebih 20 pakej.

“Dengan siapnya projek mega ini kelak akan memberikan manfaat kepada jutaan rakyat dengan bekalan air terawat khususnya di sekitar Lembah Klang” katanya.

Tamat