Jika dahulu peribahasa ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Namun di zaman baru ini, masalah lembu berkeliaran mengundang punca kepada kemalangan jalan raya.

Terbaru, kes di Kuala Selangor menunjukkan seorang kanak-kanak menjadi mangsa masalah lembu berkeliaran apabila apabila haiwan berkenaan melintas secara mengejut.

Lebih kesian, apabila kanak-kanak itu Nur Humaira Mohamad Azim, 8 patah Kali akibat kemalangan di Jalan Kelab, Kampung Kuantan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, Nur Humaira cedera selepas tersepit di bahagian penumpang bersama ibunya Effa Efzanie Mohamad Zakli, 38.

Sewaktu kejadian berkenaan mereka anak beranak menaiki van jenis urvan dipandu bapa kanak-kanak itu dalam perjalanan ke Tanjong Karang dari Arau, Perlis.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 1.25 pagi.

Katanya, pihaknya yang tiba sembilan minit kemudian mendapati terdapat dua beranak tersepit di bahagian penumpang.

“Bomba mengambil masa selama 15 minit bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan kanak-kanak perempuan itu dipercayai patah kaki.

“Mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan selanjutnya,” jelasnya. –

Tamat