“Majlis Syura Ulamak PAS juga dapat memayungi gerakan Islam di seluruh dunia dengan mengambil kira banyak yang tidak sepatutnya berlaku muncul sekarang,” itu kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, yang baru dilantik, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Menurut beliau, Majlis Syura mempunyai cara tersendiri dalam melayari bahtera perjuangan yang masih jauh, bagi menyelamatkan serta manyatu padukan umat Islam negara ini.

“Majlis Syura akan menggunakan pendekatan dan strategik yang sesuai dengan amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

“InsyaAllah saya akan memastikan Majlis Syura Ulama berjalan berdasar hala tuju yang ditetapkan perlembagaan PAS.

“Majlis Syura merupakan badan tertinggi dalam PAS yang berperanan menetapkan dasar-dasar parti termasuk hubungan PAS dengan parti-parti politik lain,” katanya.

Selain itu, menurutnya pelantikan terbabit sebagai amanah yang besar perlu dipikulnya.

Tamat