“Datuk Dr. Khairuddin meletakkan jawatan, itu adalah satu tindakan yang sangat bermoral dan baik” itu kata Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

“Majlis juga berbincang dan memutuskan untuk melantik saya semula. Sebelum ini pun saya adalah Setiausaha MSU dan sudah pegang lama hampir 15 tahun,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak penanaman padi wangi melalui Program Smart Sawah Berskala Besar (SBB) di Sekinchan hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata, MSU adalah badan besar dalam parti dan memaklumkan bersedia untuk bekerjasama dengan Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dan juga Presiden serta Timbalan Presiden dan seluruh jawatankuasa Pas.

“Dalam Pas, kita ikut arahan daripada Pas. Itu adalah kelebihan yang ada dalam Pas, bila parti buat keputusan ‘A’ maka A, kalau ‘B’ maka ‘B’. Itulah kelebihan, macam calon kalau ditukar, dalam Pas itu tidak akan menimbulkan masalah yang itulah (perpecahan).

“Ia bukanlah 100 peratus, kalau begitu semua anggotanya adalah malaikat belaka. Tetap ada (yang tidak bersetuju) insya-Allah kita boleh kawal dengan baik dan MSU akan berperanan dalam perkara seumpama ini,” katanya.

Tamat