Pengurusan Aset Air Berhad PAAB meneruskan misi bagi membantu Kerajaan Negeri Melaka membekalkan air bersih kepada rakyat dengan peruntukan RM 420 juta.

Pengerusi PAAB, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya akan membantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan projek Loji Rawatan Air untuk keperluan rakyat secepat mungkin.

“Sebanyak RM420 juta diperuntukkan untuk negeri ini bagi menyiapkan projek berkenaan secara berperingkat selama tiga tahun mulai tahun lalu.

“Adalah menjadi keperluan projek-projek infrastruktur ini dalam membekalkan air bersih termasuk seperti Loji Rawatan Air (LRA) yang sedang dan akan dilaksanakan di Melaka oleh PAAB,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Khairuddin turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan negeri Melaka.

“Alhamdulillah, hari ini saya mengadakan dua pertemuan penting dengan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Melaka selaku Pengerusi Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) bersama delegasi Pengurusan Kanan.

“Program pertama saya ialah kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Selama hampir dua jam kami berbincang dengan Tun berkaitan hal ehwal pengurusan air negeri,” katanya.T

Tamat