Pastinya ramai yang cemburukan personaliti penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah, walaupun sudah lebih separuh abad, namun masih berisi orangnya apabila menyambut kelahiran anak kelima pada usia 62 tahun.

Terbaru isterinya Datin Zai Izzati Khairuddin 25 telah selamat melahirkan bayi lelaki, dan berita ini dikongsi melalui laman sosial milik Jamal Abdillah sendiri.

Osama Yamani anak sulungnya memaklumkan bahawa dia telah mendapat seorang lagi adik lelaki yang diberi nama Rayyan Iskandar.

Semua ahli keluarga dan peminat meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga memandangkan bayi berada dalam keadaan sihat.

Tamat