Satu fenomena misteri berlaku apabila ribuan ikan jenis sardin dan bilis seakan bunuh diri sebuah pantai di Afrika Selatan, sehingga menutupi pasir pantai Coliumo berhampiran bandar Concepcion di wilayah Biobio, Chile.

Satu badan bertindak terpaksa ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan terdiri daripada pegawai alam sekitar, ahli biologi dan marin.

Ini kerana perkara ini jarang berlaku, sehingga pantai tersebut bertukar menjadi warna perak dengan oleh sejumlah besar ikan yang mati di pinggir pantai.

Gambar-gambar menunjukkan Operasi pembersihan untuk mengalihkan haiwan mati berkenaan sedang dijalankan.

Ia dilaporkan bukan kali pertama sekumpulan ikan-ikan mati ditemui hanyut di pantai bahagian Chile tersebut.

Insiden serupa yang dilaporkan tahun lalu dikatakan berpunca daripada jumlah oksigen yang rendah di dalam akhir sehingga mendorong spesies berkenaan ke arah pantai.