Barisan Nasional (BN) kini lebih yakin untuk bertanding PRN Johor tanpa bantuan mana-mana pihak dengan menampilkan muka baru.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 56 calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya berkenaan terdiri daripada 37 calon UMNO, 15 MCA, serta empat MIC.

Menueut beliau, kekuatan calon semuanya mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dan terdiri daripada mereka yang berumur 55 tahun ke bawah serta 70 peratus muka baharu.

“Kita telah meneliti senarai yang akan dihamparkan Pengerusi BN Johor untuk calon-calon ini diidamkan sebagai satu petanda bahawa BN akan memberikan kesinambungan perkhidmatan yang terbaik.

“Calon-calon dipilih adalah calon-calon terbaik daripada kalangan yg baik-baik, kita mengambil kira soal parti kompenan, kita punyai tiga parti teras serta rakan bergabung.

“Saya mempunyai kenyakinan pasukan yang akan dihidangkan rakyat johor khususnya pengundi Johor perubahan besar harapan baharu negeri Johor,” katanya tadi, semasa Majlis Pengumuman Calon BN di Bangunan Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.

Tamat