Siapa sangka Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akhirnya kembali membuat ‘comeback’ sebagai calon PRN Johor bagi DUN Rengit.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Johor Datuk Seri Hasni Mohammad pada majlis di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Puad tidak dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan digantikan Ketua Wanita bahagian itu, Haliza Abdullah namun tewas.

Pada PRU-13, Mohd Puad tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,524.

Mohd Puad pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon PAS, Muhammad Abdullah dengan majoriti 12,968 undi pada 2008 ketika PRU-12.

Tamat