Rakyat berhak mengangkat senjata untuk pertahankan tanah air. Itu yang dibuat oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mempertahankan kedaulatan negaranya.

Beliau menyeru rakyatnya bersedia untuk berperang dan akan membekalkan senjata kepada sesiapa sahaja yang mahu keluar mempertahankan negara daripada pencerobohan Rusia.

”Kami akan berikan sejanta, kepada sesiapa sahaja yang mahu berjuang. Bersiap sedialah untuk mempertahankan setiap inci tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan bahawa Ukraine telah memutuskan hubungan dengan Rusia susulan insiden pencerobohan tersebut.

Terdahulu, Rusia melancarkan serangan ke arah beberapa lokasi di Ukraine sejak awal pagi tadi. Menurut Rusia, serangan tersebut hanya menyasarkan fasiliti kententeraan dan bukannya penempatan orang awam.

Pesawat pejuang dan pelbagai lagi kelengkapan perang berat milik Rusia dilihat memasuki wilayah Ukraine di bahagian utara termasuklah dari wilayah Crimea, yang sudahpun diduduki oleh Rusia sejak 2014 lagi.

Ukraine dalam pada itu memaklumkan sekurang-kurangnya 40 orang askarnya terkorban dan berdozen-dozen lagi cedera manakala 10 orang awam turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Tamat