Rata-rata mereka yang datang mengisi minyak dalam Program Agihan Minyak Motosikal Percuma, Kuala Nerus menerbitkan rasa syukur apabila dapat mengisi penuh tangki minyak mereka di Shell Bukit Tunggal.

Azhar Shari, 45 berkata, dia yang hanya berkerja sebagai nelayan pantai ini terasa begitu terharu apabila dapat mengisi minyak secara percuma ini.

“Alhamdulillah, memang setiap tahun kami golongan nelayan akan menunggu program minyak percuma ini, apatah lagi apabila kadar harga minyak naik.

“Tambahan, apabila hujan kami tak dapat turun ke laut, jadi pemberian minyak percuma ini memang dapat membantu kami sekeluarga yang biasanya bergerak menggunakan motosikal,” katanya.

Azhar pada masa sama, turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menganjurkan program ini sebagai bantuan tahunan.

Sementara itu, Dr Khairuddin berkata, program ini biasanya dibuat pada setiap musim perayaan, Ramadhan serta Syawal sebagai satu langkah bagi menjimatkan perbelanjaan rakyat di Kuala Nerus.

“Alhamdulillah kali ini kita buat lebih awal disebabkan kerana datangnya musim hujan serta dapat membantu golongan nelayan pantai yang memerlukan bantuan.Nelayan pantai di Kuala Nerus, biasanya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, jadi kita bantu mereka.

“Selain itu, tujuan ni adalah untuk bantu rakyat marhean yang kebanyakkannya menggunakan motosikal untuksebarang urusan harian mereka,” katanya.

“Jadi kita harap bantuan seperti ini dapat membantu mereka terutamanya motosikal terutamanya anak muda menggunakan motosikal dalam mencari rezeki,” katanya.

Dr Khairuddin turut berkata, program ini akan dilaksanakan setiap minggu di beberapa kawasan lain dalam Parlimen Kuala Nerus.

Tamat