Hanya rasa syukur sahaja dapat dipanjatkan kepada Allah Taala, selepas 14 pemancing dan empat krew bot yang hilang ditemukan semula oleh nelayan.
Mereka semuanya dilaporkan selamat walaupun bot yang digunakan karam sepenuhnya selepas dipukul ribut kuat pada kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah.
Alhamdulillah Allah memakbulkan doa kumpulan pemancing berkenaan yang memohon supaya dipermudahkan urusan mereka.
Melalui beberapa foto serta video itu dimuatnaik di akaun laman sosial Facebook Akmal Hafizal dua hari lalu, dia ada memuat naik meminta rakannya mendoakan semoga urusannya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Lelaki itu turut memuatnaik kapsyen yang
“Bismillah….. moga dipermudahkan urusan kami semua dan dimurahkan rezeki kami….,” katanya.
Melalui video berkenaan ia memaparkan sekumpulan lelaki sedang berdoa di sebuah bot nelayan dipercayai sebelum bertolak untuk memancing.
Tamat