Masih bersyukur negara bertuah Malaysia hanya mengalami rasa bergoncang, namun lain ceritanya di Indonesia, gempa bumi semalam meragut nyawa dua orang serta mencederakan 20 yang lain di Sumatera Barat.

Akibat bencana dua minit berkenaan menyebabkan penduduk terus mendapatkan perlindungan di tempat selamat selepas banyak rumah rosak.

Menurut penduduk di sini, gegaran berukuran 6.2 skala Richter itu menggegarkan Pulau Sumatera dan berpusat pada kedalaman 12 kilometer (km), kira-kira 70 km dari bandar Bukit Tinggi di wilayah Sumatera Barat.

Beberapa gambar di bandar Pasaman yang terletak berhampiran dengan pusat gempa menunjukkan kediaman-kediaman dalam keadaan separa runtuh dengan batu-bata jatuh berselerak di atas tanah serta terdapat lubang pada dinding.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Suharyanto berkata, kediaman Datuk Bandar Pasaman turut mengalami kerosakan dengan serpihan kaca bertaburan di atas lantai.

Tamat