“Alhamdulillah (sambutan) khususnya dalam kalangan pengundi-pengundi muda dan kita yakin dengan peluang PN pada kali ini,” itu kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man selepas melihat analisis pola pengundi di PRN Johor.

Beliau berkata selepas meneliti analisis sokongan kepada PN dapat dilihat daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pengundi muda ketika pelancaran jentera PN Johor pada 18 Februari lalu.

“Trio PAS, Bersatu dan Gerakan mendapat sambutan luar biasa rakyat Johor semasa kita buat pelancaran PN peringkat negeri (dan) sambutan yang sangat luar biasa dan baik.

“Insya Allah, (peluang) lebih baik daripada sebelum ini dan saya lihat kerjasama kali ini lebih kukuh berbanding di Melaka baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya walaupun PRN nanti mungkin ada corak perubahan permainan daripada parti MUDA namun ianya masih lagi retorik politik DAP dalam mendapat sokongan undi daripada warga belia.

“Muda saja tak menang (kalau) tak campur orang tua (dan) saya tengok momentum hampir ada untuk setiap parti PN.


“Bila kita buat himpunan baru-baru ini, gerak kerja berlaku di bawah (terima) sambutan amat baik dalam kalangan orang muda.

“Parti MUDA saya fikir dia belum diuji dan pengundi muda pun belum diuji, jadi ini kali pertama rakyat Johor berpeluang memilih…saya rasa mereka bukan hanya melihat parti, tetapi gabungan itu selain isu nasional yang turut mempengaruhi pola pengundi,” katanya.

Tamat