Tidak dinafikan UMNO merupakan parti tertua di Malaysia yang mempunyai perbagai pengalaman serta taktik pertandingan. Bagi UMNO pertandingan banyak penjuru ini hanya sekadar mengopek kacang goreng.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, pertambahan calon bertanding disebabkan kewujudan banyak parti-parti serpihan ketika ini.

Menurutnya, situasi sama itu turut dihadapi pada PRN Melaka sebelum ini apabila calon BN perlu berdepan pertandingan dua, tiga dan empat penjuru pada pilihan raya tersebut.

“Rasa penyesalan mereka ini kami yakin akan diterjemahkan pada PRN Johor dengan menyokong calon-calon BN kali ini supaya kesilapan lalu tidak berulang,” katanya selepas melawat Bilik Gerakan BN bagi DUN Pulai Sebatang di sini.

Zahid berkata pihaknya yakin seluruh jentera pilihan raya BN telah bersiap sedia menjalankan tugas masing-masing tanpa memikirkan soal pertandingan banyak penjuru.

“Mereka (pembangkang) didapati tidak bersefahaman dan ini menunjukkan hanya bertanding mengikut blok-blok masing demi untuk menentang BN.

“Tidak seperti BN yang tetap bersedia menghadapi apa saja situasi dan memastikan BN kekal memerintah negeri Johor dengan majoriti lebih kukuh,” katanya

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat dua DUN menyaksikan pertembunghan tujuh penjuru iaitu di DUN Tiram dan Kempas, manakala 35 DUN bagi empat penjuru.

Tamat