Penduduk Rantau Panjang mulai resah gelisah apabila Sungai Golok mula melimpahkan airnya sejak pagi tadi sehingga melepasi paras bahaya 10.42 meter.

Ia berikutan kejadian hujan lebat secara berterusan tanpa henti yang menyebabkan kenderaan ringan gagal melepasinya.

Beberapa penempatan turut tenggalam antaranya Kampung Tersang, Bagus, Kubang Jejulok dan Kampung Banggol Kulim.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa banjir bermula pada pagi tadi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Ketika ini semua anggota berada dalam keadaan siap sedia untuk operasi menyelamat mangsa banjir,” katanya.

Tamat