Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini, menegaskan mana-mana ahli parti wajib mengikut arahan yang ditetapkan parti dalam apa jua situasi kecuali bercanggah dengan Islam.

Menurut beliau, keahlian Najib sebagai Ahli Pas gugur secara automatik selepas beliau memilih untuk bertanding atas tiket bebas kerana perbuatannya berkenaan jelas bertentangan dengan Perlembagaan Pas.

“Seseorang ahli yang bertindak melanggar arahan boleh menyebabkan keahlian mereka terlucut.

“Akibat tidak mengikut arahan parti terlucut keahlian. Namun, dalam masa sama parti juga perlu muhasabah punca berlaku berlaku perkara sedemikian sebagai pengajaran dan sempadan kecualilah parti tidak pernah merasa kerugian dan kehilangan seorang ahli.

“Percaturan politik dalaman mungkin menjadi sebab di saat ukhuwah dan semangat kekeluargaan tidak menjadi wadah penyelesaian.” katanya.

Dr Khairuddin berkata demikian sebagai membalas hantaran Facebook calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tamat