Ramai mulai risau sekiranya bekalan makanan asas terjejas akibat perang Russia – Ukraine namun perkara berkenaan disangkal oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Menurut beliau, Malaysia tidak mempunyai pergantungan dagangan import dan eksport terus daripada negara berkenaan terutamanya dalam bidang makanan serta pertanian.

“Jika ada pun hanya dalam kuantiti kecil… Kalau kita tidak boleh eksport dan import ke dua negara ini, kita boleh tukar ke negara lain malah setakat ini, kita banyak bergantung kepada China dan Thailand,” katanya kepada media, selepas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Nik Muhammad Zawawi berkata, kursus itu adalah antara fokus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 menerusi Program Galakan Pelaburan dan Pemasaran Tanaman Bernilai Tinggi bagi meningkatkan pembekalan tanaman bernilai tinggi di pasaran.

Beliau berkata, kementerian meluluskan peruntukan RM45 juta bagi Projek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka Panjang khususnya durian untuk pembangunan infrastruktur ladang, pembekalan input dan sebagainya.

“Secara perbandingan, jumlah nilai eksport durian pada 2016 ialah RM69.9 juta manakala pada 2020, sebanyak RM144.7 juta. Ini menunjukkan berlaku lonjakan 107 peratus atau RM74.8 juta dalam tempoh lima tahun.

“Kita sedang mempergiat usaha memperluas akses dengan mempromosi durian di pasaran baharu dan sedia ada. Antara pasaran baharu yang sedang diteroka ialah Australia untuk buah durian segar selain New Zealand dan Rusia,” katanya.

Tamat