Tular satu video seorang lelaki menggunakan ‘kung fu mentadak’ bagi membelah pemandu van dipercayai melanggar kereta Proton Saga miliknya.

Insiden berkenaan dirakam pengguna jalan raya di PUJ 3, Taman Bukit Jalil yang dipercayai berlaku pada hari semalam.

Melalui video itu menunjukkan seorang lelaki memakai topi berdiri di sebelah tingkap dan memarahi pemandu van yang didakwa melanggar bahagian belakang Proton Saga miliknya.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut melepaskan beberapa tumbukan padu menerusi tingkap terus mengenai pemandu van tersebut.

Walaupun pemandu itu kelihatan tidak membalas semula serangan, lelaki bertopi itu membuka pintu van dan menarik keluar pemandu berkenaan dan terus membelasahnya dengan dengan jurus ‘kung fu mentadak’ sehingga terbaring di atas jalan.

Penularan video berkenaan mengundang kemarahan netizen kerana tidak bertimbang rasa dan tidak berunding dahulu sekiranya berlaku kemalangan.

Tamat