Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memohon orang ramai supaya sentiasa memeriksa amaran status sungai dan banjir sebagai keselamatan awal terutamanya di Kelantan serta Terengganu.

“Status semasa aras air sungai Kelantan dan Terengganu. Digalakkan merujuk amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat berkenaan kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan dengan melayari https://publicinfobanjir.water.gov.my,” katanya melalui posting Di laman sosial Facebook rasmi miliknya.

Menurutnya orang ramai merujuk amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat berkenaan kenaikan aras sungai di kawasan masing-masing dengan melayari https://publicinfobanjir.water.gov.my

Tamat