Rusia kelihatanya bersungguh-sungguh menceroboh masuk ke Ukraine serta turut memberi amaran keras kepada negara pro Barat yang mahu menjadi musuhnya.

Sebagai langkah persediaan, presidennya Vladimir Putin lebih awal mengambil langkah mempersiapkan peledak nuklear sebagai tanda amaran kepada negara sekitarnya.

“Saya mengarahkan menteri pertahanan dan ketua kakitangan am angkatan tentera Rusia untuk meletakkan pasukan pencegahan tentera Rusia ke dalam mod khas perkhidmatan tempur.

“Anda melihat bahawa negara-negara Barat bukan saja tidak mesra negara kita dalam bidang ekonomi maksud saya sekatan tidak sah.

“Pegawai kanan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) juga mengakui kenyataan agresif terhadap negara kita,” katanya dalam ucapan di televisyen.

Sementara itu, pihak berkuasa Ukraine menyifatkan beberapa tentera Rusia sebagai lemah semangat dan keletihan, dengan mendakwa bahawa berpuluh-puluh sudah pun menyerah diri.

Sebelum ini, Ukraine berkata, lebih 1,000 askar Rusia terbunuh, manakala Rusia tidak mengeluarkan angka korban.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, 25 orang awam terbunuh dan 102 cedera.

Sekutu Barat mengumumkan sekatan baharu terhadap Moscow, ketika Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy berkata, tentera Ukraine menghalang kemaraan tentera Rusia di Kyiv.

Laporan sebelum ini menyebut, Moscow mengarahkan tenteranya untuk mara dari semua arah di Ukraine pada Sabtu, ketika Kyiv mengenakan perintah berkurung.

Tamat