Aksi Piala Liga menunjukkan pasukan sama kuat, sama hebat seri 0-0 diantara The Blues dan The Reds sebelum sepakan penalti penentuan pagi tadi.

Tapi nasib sentiasa menyebelahi Liverpool apabila menang hebat selepas mengalahkan Chelsea 11-10 sewaktu penentuan saat akhir penalti

. Skuad Reds meraih gelaran Piala Liga dengan rekod sembilan kali ketika Klopp menjadi pengendali dari Jerman pertama menang kejohanan itu selepas tewas dua kali sebagai bos di kelab itu.

“Ada sedikit ruang untuk berasa sentimental. Caoimhin Kelleher ialah pemain muda, bermain dalam semua kejohanan. Saya tidak boleh beritahunya dia tidak boleh bermain di final,” kata Klopp.

“Saya ialah pengurus dan juga seorang manusia. Dia berhak atas kemenangan ini.

“Saya gembira buat semua orang yang berada dalam keadaan yang susah untuk meraikan sesuatu seperti ini. Chelsea amat kuat, kami sepadan. Kami perlukan sedikit nasib.”

Tamat