Bagaikan dalam mimpi apabila Gunung Kinabalu dituruni fenomena salji pagi tadi sehingga membuatkan pendaki mula terpesona sehingga bersorak keasyikan.

Bukan mudah melihat kristal salji yang turun dari awan di Malaysia, negara beriklim panas dan lembab sepanjang tahun.

Satu video yang dikongsi pengguna laman sosial @ivnurjonns, dia dan beberapa pendaki yang lain berasa teruja apabila salji mula turun dan membasahi kawasan puncak gunung berkenaan.

“Ini kali pertama rasa salji turun,” katanya.

Sementara itu, pakaian yang dipakai oleh para pendaki juga telah dipenuhi dengan butiran-butiran salji.

Selain itu, seorang pengguna lain turut memuat naik video di Facebook berkongsi pengalamannya menikmati keindahan salji di sana.

Jelasnya, sebelum ini fenemona salji di Gunung Kinabalu lebih tertumpu di kawasan puncak, malah hari ini dapat dirasai sekitar kawasan gunung berkenaan.

“Sebelum ini dengar cerita tentang salji di puncak gunung, hari ini merasai sendiri salji di kawasan sekitar gunung, Alhamdulillah,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Tamat