Bukan mudah menggalas tanggungjawab pemimpin, apatah lagi sewaktu keadaan bencana. Itulah yang membuatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, bergegas pulang selepas Istiadat Pembukaan Parlimen tadi.

“Rakyat tempatan perlu lebih diutamakan, aspek keselamatan mereka, keperluan makanan, pakaian, serta segala yang perlu diambil kira bagi memastikan mereka selesa di pusat perpindahan sementara (PPS).

“Saya mengambil peluang untuk bertemu dengan semua mangsa banjir sambil menyantuni mereka di PPS di sekitar Kuala Nerus. Sempat singgah di PPS Sek Rendah Gemuruh, PPS Bukit Guntung dan PPS Bukit Nanas.

“Setakat ini mengikut statistik terkini hampir 100 keluarga di sekitar Parlimen Kuala Nerus telahpun dibawa ke PPS, dan semuanya telahpun diberikan sumbangan selimut, pakaian, lampin pakai buang, serta makanan,” katanya

Tamat

dan menyantuni hampir 100 keluarga dengan sedikit sumbangan.

Balik ke kawasan Kuala Nerus petang tadi selepas istiadat pembukaan parlimen untuk bertemu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir yang berpindah ke
Guru Besar Sekolah Bukit Guntung dan Bukit Nanas mengambil ruang menyerahkan permohonan untuk bajet kecil pembangunan di sekolah mereka dan saya luluskan RM20k untuk setiap sekolah. Moga sekolah lebih ceria.

Sekarang bergerak pula ke PPS Sek Ren Banggol Peradong.

Dr Khairuddin Takiri
28.2.22 jam 10 pm

https://www.facebook.com/100044735640354/posts/496264081874776/