Menyahut seruan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy supaya rakyat bangun menuntut bela pencerobohan tentera Russia terhadap tanah mereka.

Begitu juga dengan bekas ratu cantik Ukraine, Anastasiia Lenna, 31 turut mengangkat senjata menyelamatkan mereka daripada cengkaman Presiden Vladimir Putin.

Beliau pernah memenangi pertandingan ratu cantik kebangsaan 2015 itu mendapat perhatian netizen selepas memuat naik gambarnya berpakaian tentera di laman Instagram.

Imej tular itu dimuat naik ketika ratusan rakyat Ukraine beratur untuk mendapatkan senjata api di Kiev. Tentera Ukraine menjangkakan satu lagi serangan tentera Rusia akan dilancarkan petang semalam.

Lenna yang bekerja sebagai pengurus perhubungan awam di Turki itu memuat naik gambar berkenaan bersama-sama dua hashtag, ‘berdiri bersama Ukraine’ dan ‘Jangan ganggu Ukraine’.

Ini bukan kali pertama Lenna memuat naik gambarnya memegang senapang. Sebelum ini, Lenna pernah memuat naik hantaran yang menunjukkan sesi latihan bersenjatanya di kawasan berhutan dan tempat latihan dalaman.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki yang memakai kaki palsu dan pasangan muda yang baru berkahwin turut menyertai kumpulan sukarelawan.

Selama berminggu-minggu, rakyat biasa di seluruh Ukraine menerima latihan asas pertempuran dalam pelbagai aspek termasuk mengendalikan senjata dan melempar bom tangan.

Tamat