Pastinya ramai menunggu kelibat abang viva yang pernah tular menjadi penyelamat solo membantu memindahkan mangsa banjir menggunakan bot jenis ‘inflatable boat’ semasa banjir besar tempoh hari.

Azwan Omar atau mudah disapa sebagai abang viva, sudahpun memberi jawapan positif bagi membantu mangsa-mangsa banjir berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan, terutamanya Kelantan dan Terengganu.

Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.

“Ya saya memang ada perancangan untuk pergi (membantu mangsa-mangsa banjir),” katanya kepada sebuah akhbar tempatan semalam.

Tamat