Klang – 30 minit terperangkap salam slot pengering mesin basuh cukup menjadikan satu pengalaman ngeri buat seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 1.52 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal semasa kejadian terdapat ahli keluarga termasuk ibu bapa mangsa di rumah tersebut.

“Anggota bertindak menarik keluar kanak-kanak tersebut dari mesin pengering pakaian.

“Hasil pemeriksaan tiada sebarang kecederaan pada kaki mangsa sebelum diserahkan kepada ayahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi kemudiannya ditamatkan kira-kira pukul 2.29 petang.

Tamat