Kiev – Kalau anda rasa anda berani? Tapi beranikah anda mengangkat periuk aktif seperti lelaki ini.

Walaupun ianya periuk api jenis anti tank, tetapi lelaki ini dengan imej selamba mengangkatnya dengan kedua-dua belah tangannya sambil menghisap rokok.

Mengikut sumber lelaki berkot hitam dan berseluar jean itu dilaporkan menemui periuk api darat berkenaan di bandar Berdyansk, lalu dengan tenang mengalihkannya ke dalam hutan.

Rakaman menunjukkan orang awam berkenaan mengangkat bahan letupan tersebut menjauhi sebuah jambatan dengan melintasi jalan sambil menghisap rokok.

Sementara itu menerusi satu rakaman lain, beratus-ratus penduduk Ukraine yang berani bertindak memaksa kereta kebal Rusia untuk berhenti dengan menghalang jalan raya.

Video yang dirakam di bandar Koryukiva, hanya beberapa kilometer dari sempadan Ukraine dengan Rusia itu menunjukkan sekumpulan penduduk tempatan berdiri di hadapan konvoi kereta kebal.

Ia berlaku ketika Kiev dan Moscow bersedia mengadakan rundingan damai dengan pegawai-pegawai diplomat dijadualkan bertemu di sempadan Belarus.

Tamat