Pengundi perlu membezakan diantara PN (Perikatan Nasional) dan Barisan Nasional ini kerana pengundi yang bertanya “Tan Sri Muhyiddin parti yang mana?” .

Sekali gus perkara ini membuktikan Muhyiddin Yassin mempunyai aura tersendiri dalam pimpinan masyarakat terutamanya di kawasan Pagoh.

Ada yang memanggilnya ‘Abah’ cukup sekadar panggilan mesra penuh makna membawa pulang rezeki selepas penat seharian berkerja.

Calon PN di DUN Bukit Pasir, Muhammad Nur Iqbal Abd Razak mempunyai cabaran besar bagi membawa nama ‘Abah’ yang sinonim di hati rakyat.

Justeru, itu, Iqbal perlu menerangkan gabungan parti yang dipimpin Muhyiddin kini adalah PN, ini kerana golongan lama masih setia dengan ‘Abah’.

Mereka dilihat lebih selesa dengan legasi pimpinan abah dan persoalan itu kerap dihadapinya daripada pengundi saluran satu di DUN Bukit Pasir dan ia menjadi tanggungjawab buat dirinya bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Berdasarkan pemerhatian saya sejak beberapa hari kempen dari rumah ke rumah ini, sebahagian pengundi warga emas khususnya berusia 70 tahun ke atas masih ingat Tan Sri Muhyiddin dalam BN.

“Namun apabila kita terangkan Tan Sri Muhyiddin bukan lagi dalam BN tetapi PN, mereka mulai faham,” katanya kepada media di sini.

Muhamad Nur Iqbal berkata, terdapat 32,000 jumlah pengundi di DUN Bukit Pasir dengan kira-kira 10 peratus daripada saluran satu.

Katanya, sehingga kini jenteranya sudah menjejaki lapan peratus pengundi saluran satu itu sepanjang berkempen dan ia akan dipergiatkan hingga 11 Mac nanti.

Pada masa sama, Muhamad Nur Iqbal berkata, menjadi tanggungjawab besarnya untuk memastikan dapat mempertahankan kerusi DUN Bukit Pasir walaupun berdepan saingan sengit dari penyandangnya.

“Kita mengakui beliau mempunyai penyokongnya sendiri walaupun kini bertanding atas kapasiti Bebas dan boleh dikatakan ia menjadi penentu undi…namun kita akan lakukan sebaik mungkin,” katanya.

Tamat