Tiga pimpinan kanan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR, Kim Guan Eng DAP, dan Mohamad Sabu, AMANAH dilihat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di Perlimen semalam.
Menurut kenyataan Facebook rasmi Anwar Ibrahim, pertemuan itu adalah bagi membincangkan beberapa perkara berkenaan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti.
“Saya bersama saudara Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen.
“Kami mendapat jaminan daripada Perdana Menteri bahawa suatu pindaan perlembagaan terkait Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang minggu depan,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau pada semalam.
Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, mereka turut mencadangkan agar diberikan kelonggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi memudahkan proses kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Kami juga mengulangi pendirian berhubung penjelasan beliau (Ismail Sabri) di Parlimen pagi tadi berhubung peranan dan tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak tanpa bersikap selektif,” katanya.
Tamat