Ini adalah kenyataan terbaru, orang ramai seharusnya perlu mengambil langkah pencegahan terbaik apabila statistik penggunaan katil di ICU melonjak ke 100 peratus di hospital Putrajaya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti oleh Perlis (73 peratus), Selangor (61 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus), Johor (57 peratus), Perak (51 peratus) dan Kelantan (50 peratus).
“Bagi katil bukan ICU, 12 negeri melebihi peratusan pengisian 50 peratus iaitu Selangor (114 peratus), Perak (98 peratus), Perlis (98 peratus), Kuala Lumpur (93 peratus), Putrajaya (93 peratus), Kelantan (79 peratus) dan Pahang (78 peratus).
Selain itu, Terengganu (71 peratus), Sarawak (65 peratus), Johor (64 peratus), Pulau Pinang (58 peratus) dan Sabah (56 peratus),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurutnya beliau, hanya Melaka mencatatkan peratusan pengisian katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) melebihi 50 peratus iaitu 56 peratus semalam.
“Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula meningkat kepada 211 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 24 peratus.
“Dalam masa sama, kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital sebanyak 1,997 kes semalam melibatkan 721 kes (36.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 1,276 kes (63.9 peratus) lagi adalah kategori satu dan dua,” katanya.