Siapa sangka, negeri metropolitan kini banjir buat kali kedua. Ramai penduduk mulai bimbang kerana mereka belum sempat mengalihkan kenderaan.

Tragedi berlaku apabila berlaku hujan lebat serentak bertembung dengan air pasang di lautan yang tidak mampu keluar pintu air.

Banjir kilat berkenaan menyebabkan air mula naik sehingga satu meter sehingga 20 puluh rumah di Teluk Gadong ini tenggelam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden banjir kilat di kawasan berhampiran jalan Mohd Yasmin di sini, pada jam 8.21 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan awal.

“Siasatan mendapati kira-kira 20 rumah penduduk ditenggelami banjir kilat berkenaan. Namun tiada pemindahan mangsa dilakukan.

“Keadaan di lokasi terkawal, paras air dalam keadaan statik manakala hujan juga berhenti tidak lama kemudian,” katanya.

Norazam berkata, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi berkenaan bagi berdepan sebarang kemungkinan.

Tamat