“Generasi kedua dan ketiga peneroka Felda terpaksa berhadapan dengan isu tidak ada tempat tinggal, pekerjaan dan perniagaan yang masih tidak meluas. Mereka berhadapan dengan ‘survive’ hidup macam mana generasi lain yang ada di bandar, ” itu kata Ketua BERSATU Bahagian Kota Tinggi, Rasman Ithnain.

Itu itu akan memecah dominasi BN yang mengganggap Kota Tinggi sebagai kubu kuat mereka dengan sokongan kuat daripada peneroka Felda generasi pertama.

Menurutnya, sebagai parti yang baharu dibentuk, momentum sokongan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

Soal kemenangan, itu kita tidak dapat nafikan. Itu adalah kekuatan BN. Tapi kesimpulannya, kita dapat memecahkan tembok (dominasi) itu pun pada saya satu yang positif.

“Insya-ALLAH telah ada tanda-tanda untuk PN menguasai di Kota Tinggi,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili.

Menurutnya itu sebagai tanda positif yang ditunjukkan oleh pengundi- pengundi di Kota Tinggi dalam sokongan mereka terhadap PN.

Mengulas lanjut, Rasman berkata, tanda peralihan sokongan itu dapat dilihat daripada generasi baharu yang tinggal di kawasan Felda dan kampung tradisional.

“Macam generasi peneroka, dia tidak ada masalah dengan pendapatan dan tempat tinggal. Dia dah boleh bertahan hidup,” katanya

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, DUN Sedili dan DUN Johor Lama masing-masing dimenangi oleh Rasman dan Rosleli Jahari yang menggunakan tiket BN.

Kedua-dua ADUN tersebut bagaimanapun mengambil tindakan menyertai Bersatu beberapa hari selepas BN tumbang dalam PRU tersebut.

Tamat