Usaha melawan pendamik COVID-19, tidak terhenti setakat program vaksinasi namun ianya kini turut meliputi 110,000 unit ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer yang bakal tiba di Malaysia Mac ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perolehan pertama yang dijangka tiba dalam tempoh dua minggu lagi bagi kegunaan merawat pesakit berisiko tinggi.

Menurutnya (KKM) akan menambah pembelian ubat berkenaan sekiranya ia terbukti berkesan merawat virus Covid-19.

“Mungkin dalam dua minggu lagi kita akan terima ubat itu, perolehan yang pertama kita telah beli untuk 110,000 pesakit dan akan diberi kepada golongan berisiko tinggi.

“Kalau kita dapati bahawa penggunaan ubat ini berkesan seperti mana maklumat yang telah kita terima kita akan tambah pembelian ubat ini,” katanya.

Menurutnya beliau memaklumkan menerusi penggunaan ubat antiviral itu, negara telah mempunyai senjata baharu selain vaksin untuk beralih ke fasa endemik.

“Sebelum ini tiada ubat antiviral, hanya vaksin sahaja.

“Jadi senjata yang kita ada melawan pandemik ini semakin banyak, ini mendorong saya terus menekankan proses pemulihan negara dan fokus Sistem Kesihatan Awam serta swasta, tidak hanya menumpukan kes COVID-19, tetapi bukan COVID-19 juga,” katanya.

Tamat