Akibat hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi yang menyebabkan berlaku peningkatan paras air secara mendadak, seramai 300 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lapan pusat pemindahan itu dibuka sejak jam 8.30 malam tadi yang menempatkan 56 keluarga.

Menurutnya PPS yang dibuka itu ialah di Dewan Camelia Sekyen 10 Putra Height, Sekolah Kebangsaan Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman dan Dewan Puchong Jaya.

“Selain itu, PPS dibuka di Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook rasmi miliknya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan banjir melibatkan 11 lokasi di negeri ini.

Katanya, lokasi yang dikenal pasti setakat jam 7.30 malam itu ialah di Kampung Sri Kundang, Kampung Gombak (Kuang), Siera Mas, Kampung Sungai Merab (Cyberjaya), Pekan Meru dan Bandar Baru Sungai Buloh.

“Selain itu, PPS dibuka di Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Isnin.

Tamat