Kota raya Kuala Lumpur di sekitar Pudu dan Jalan Kuchai Lama tenggelam sekali lagi akibat banjir kilat yang sedang berlaku.

Hujan dilaporkan turun secara lebat berterusan hampir satu jam menyebabkan saliran dan perparitan tidak lagi dapat menampung kapasiti air.

Kejadian berkenaan menyebabkan ratusan kereta terkandas dan tenggelam sehingga keadaan traffik bertukar sesak.

Bimbang dengan keadaan paras air yang semakin meningkat, pengguna jalan raya rata-rata cuba menyelamatkan diri dan mencari lokasi selamat untuk berlindung.

Tamat