Akibat berlaku banjir kilat di ibu kota, Tenaga Nasional Berhad terpaksa mengambil langkah keselamatan termasuk menutup bekalan pencawang elektrik sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan media TNB, pihaknya memaklumkan, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko dan membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat,” katanya pada tadi.

Menerusi kenyataan berkenaan, antara kawasan yang terlibat adalah di Royal Cendana, Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Hospital Tang Lin, Car Park Jalan Tanglin, Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jalan Kebun Bunga, Jalan Young Stat, Pejabat Perancang Selangor, The Royale Chulan Hotel, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Menara Worldwide Jalan Bukit Bintang.

Sekitar jam 4 petang, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat antaranya Jalan Kuchai Lama, Jalan Tun Perak berhampiran Bukit Bintang dan Kampung Baru.

Tamat