Melaysia mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan Arab Saudi bagi mengemaskini SOP serta kouta ibadah haji terbaru nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, bagi membincangkan hal berkenaan beliau akan ke Arab Saudi pada 18 Mac ini.

“Saya baru menerima surat jemputan minggu lepas dan akan ke sana nanti, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi (Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah) telah menjemput semua negara yang menghantar jemaah haji untuk berbincang.

“Kami berharap supaya kuota jemaah dikekalkan atau lebih banyak, dan sejurus kembali kami akan uar-uarkan mengenai perkara berkaitan haji secepat mungkin,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan berkaitan haji tahun ini.

Tamat