Penat seharian terasa berbaloi apabila melihat penduduk Felda Ayer Hitam tersenyum menerima bantuan banjir.

Calon Perikatan Nasional, Ustaz Azlisham Azahar turun membantu mangsa banjir di samping menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Menurutnya beliau, bimbang sekiranya masalah banjir kilat berlaku lagi. Dalam perancanganya beliau mahukan penduduk bebas banjir.

“Sebaiknya kita mahukan penduduk di sini tidak lagi ‘pening kepala’ dengan banjir kilat ini.

“Oleh itu insyaallah kita akan pastikan longkang akan diperlebarkan sesuai dengan kapasiti penduduk, serta saluran perparitan ditambah baik,” katanya.

Tamat