Adalah menjadi satu tanggungjawab seorang Muslim bagi membantu saudara Muslimnya yang ditimpa musibah. Oleh itu, sumbangan musaadah sebanyak RM1,699,350 diberikan kepada mangsa banjir di Felda Seberang Tayor, Kemaman, kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya akan sentiasa memantau keadaan mangsa banjir ini untuk mengembalikan kehidupan mereka kepada normal.


“Alhamdulillah, RM1,699,350 sumbangan musaadah banjir telah disampaikan kepada keluarga-keluarga dan penduduk yang ditimpa musibah banjir besar tempoh hari,”

“Hari ini berada di tempat kejadian dan bertanya sendiri dengan mangsa yang terlibat.

“Berat ujian yang menimpa sahabat-sahabat kita di sini termasuklah di sekitar Pantai Timur yang terjejas,” katanya melalui laman Facebook rasmi beliau.

Menurutnya, Skuad Musaadah Banjir telah dulu turun bagi menyantuni mangsa banjir sejak dari awal kejadian.

“Inilah semangat ukhuwah yang diajarkan Islam agar kita saling membantu orang dalam kesusahan.

“Turunnya kami pada hari ini menyampaikan sedikit sumbangan berupa kewangan, barangan asas, kit solat, kit kebersihan, selimut, toto, bakul makanan dan sebagainya,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua gerak kerja daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, YaPEIM (Official), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Taqwa-MAIWP.

” Alhamdulillah pihak NGO serta Jabatan Amal, para sukarelawan yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan pasca banjir membuktikan rakyat Malaysia saling bantu membantu ketika ada yang ditimpa kesusahan” katanya.

Tamat