“Lariii tanah runtuh”, hanya kata-kata itu yang kedengaran apabila berlaku tanah runtuh Di Taman Bukit Permai, sebentar tadi sehingga menyebabkan empat mangsa tertimbus dan 15 rumah serta 10 kenderaan mengalami kerosakan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah terkesan akibat kejadian tanah runtuh ini dan dua daripadanya telah tertimbus.

“Hasil maklumat awam, terdapat empat mangsa dilaporkan masih tertimbus dan salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat,” katanya ketika ditemui tadi.

Menurutnya usaha menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan.

Tamat