Satu serangan udara tentera Russia memusnahkan reaktor nuklear milik Ukraine menyebabkan sehingga menyebabkan kebakaran di sebuah asrama lima tingkat yang meliputi kawasan seluas 100 meter persegi.

Lokasi pengeboman berkenaan berlaku di institut Kharkiv, Ukraine, yang menempatkan reaktor nuklear eksperimen sehingga menyebabkan sebuah asrama berdekatan terbakar, menurut pegawai kanan negara ini, semalam.

Penasihat kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Anton Gerashchenko, berkata institut terbabit, Institut Fizik dan Teknologi, mempunyai ‘sumber radiasi yang digunakan untuk tujuan saintifik’.

Agensi berita Ukraine, The Interfax, melaporkan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api yang menjilat bangunan berkenaan.

Terdahulu, laman sesawang rasmi Parlimen Ukraine memaklumkan, pertempuran sedang berterusan berhampiran institut itu.

Minggu lalu, pasukan tentera Russia menawan stesen tenaga nuklear di Zaporizhzhia selepas serangan yang turut menyaksikan sebuah kemudahan latihan terletak bersebelahan terbakar.

Tamat