Tepat bermula jam 8.00 pagi, 1,021 pusat undian dibuka untuk PRN Johor, meliputi sebanyak 4,638 saluran untuk menampung seramai 2,539,606 pengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak pihaknya sudah bersedia daripada segala bentuk peralatan dan kelengkapan untuk diagihkan.

“Semakan ini bagi memastikan semua peralatan dan kelengkapan bagi pengundian dalam keadaan baik. Peralatan ini diagihkan kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, SPR menasihatkan pengundi agar keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

“SPR juga ingin mengingatkan kepada para majikan supaya membenarkan pekerja mereka keluar mengundi sepertimana diperuntukan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Tamat