Sekitar jam satu tengah hari, laporan Amal Media di lokasi Pusat Pengumpulan Pengundian PRN Negeri Johor menunjukkan statistik lebih 35 peratus pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

Hal ini menunjukkan perkembangan position apabila pengundi sedar berkenaan hak dan tanggungjawab mereka kepada negara walaupun cuaca panas terik.

Sejumlah 239 calon daripada 11 parti politik dan bebas kini bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor Ke-15.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

Kerajaan Johor sebelum ini dilaporkan memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

Tamat

Credit Foto – BERNAMA